Wee Ka Siong

Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong dilahir pada 20 Oktober 1968 merupakan Presiden parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Ahli Parlimen Ayer Hitam dari Barisan Nasional-MCA.

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan pada 10 Mac 2020.

Berkebolehan bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik, Wee, 52, mula berkecimpung dalam arena politik sebagai ahli MCA pada 1992 dan pernah menjadi Timbalan Menteri Pendidikan 1 pada 2008 dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2014.

Keperibadian Wee sebagai ahli politik turut menambat hati penduduk di kawasan Ayer Hitam, Johor apabila beliau mampu mempertahankan kerusi itu selama empat penggal sejak Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004.

Pencapaian
Kerjaya:

Jawatan yang pernah disandang dalam kabinet

  • Menteri Pengangkutan (10 Mac 2020-kini)
  • Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia
  • Timbalan Menteri Pelajaran I
  • Ketua Setiausaha (Bahagian Johor Bahru) dari 1993 hingga 2005.

Jawatan yang pernah disandang dalam parti

  • Pengerusi MCA Majidi Cawangan Johor Bahru dari 1996 hingga 2008, 
  • Ketua Pemuda Bahagian MCA Johor Bahru dari tahun 2002 hingga 2008. 
  • Ketua Pemuda MCA kebangsaan Negeri Melaka.
  • Ketua Setiausaha Pemuda MCA Kebangsaan,
  • Pengerusi MCA Negeri Melaka.
  • Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru
  • Ketua Biro Pendidikan Pemuda MCA Kebangsaan (2005-2008)
  • Ketua Pemuda MCA untuk tempoh 2008-2011
  • Perhubungan Negeri MCA Melaka.
  • Ahli Parlimen MCA
Pendidikan:
  • Ijazah Doktor Falsafah dalam Perancangan Pengangkutan Universiti Teknologi Malaysia (2002)
  • Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Lalu Lintas Nanyang Technological University, Singapura (1996)
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia (1992)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: MCA
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P148 Ayer Hitam
  • PRU12- P148 Ayer Hitam
  • PRU13- P148 Ayer Hitam
  • PRU14- P148 Ayer Hitam

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan Wee Ka Siong