Andri Zulkarnaen Hamden

Bekas calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Beting Maro, Andri Zulkarnaen Hamdan, 46, tewas  bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 bagi merebut kerusi Parlimen Igan.

Lebih mesra dipanggil Hud, beliau pernah memegang jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Santubong yang kemudiannya mengambil keputusan keluar parti dan menyertai Parti Amanah pada 2015.

Sejurus itu, pemilihan anggota jawatankuasa Gerakan Harapan Baru (GHB) Sarawak pada 20 Ogos 2015 telah memilih bekas Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri sebagai pengerusi negeri.

Andri lahir di Sibu merupakan seorang usahawan. 

Lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ini mula aktif berpolitik ketika bekerja di Johor dan pernah dipilih sebagai Setiausaha Pas Pasir Gudang dan Ketua Penerangan Pas Johor Bahru.

Bekas Setiausaha Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (Nube) Johor, Ketua Pemuda NUTC Johor dan Setiausaha Papisma ini pernah dilantik Pengarah Pembangunan Kepimpinan, Parti Amanah Negara Negeri Sarawak.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Usahawan

Jawatan disandang dalam politik dan bukan berkanun (NGO);

  • Pengerusi Gerakan Harapan Baru Sarawak
  • Pengarah Pembangunan Kepimpinan, Parti Amanah Sarawak 
  • Bekas Ketua Penerangan Pas Sarawak
  • Bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Santubong 
  • Bekas Setiausaha Kawasan Pas Pasir Gudang 
  • BekasKetua Penerangan Pas Johor Bahru
  • Bekas Setiausaha National Union Bank Employee (Nube), Johor 
  • Ketua Pemuda NUTC Johor 
  • Bekas Setiausaha Papisma
     
Pendidikan:
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P207 Igan

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sarawak 11- P201 Batang Lupar N29 Beting Maro