Jaujan Sambakong

Persaingan DUN N64 Sulabayan disertai penyandangnya ,Datuk Jaujan Sambakong dari Warisan.

Beliau merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah juga merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah memiliki pengalaman luas dalam dunia politik.

Sebelum ini, beliau mempertahankan kerusi Barisan Nasional (BN) namun umum keluar parti UMNO pada 2016 dan melepaskan jawatan sebagai naib ketua UMNO Semporna.  

Jaujan membuat keputusan itu susulan tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO ketika itu telah menggantung keanggotaan Naib Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Jaujan kini seiring dengan Mohd Shafie menerajui Parti Warisan dan beliau dipilih sebagai Naib Presiden Parti Warisan.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) (20 Mei 2020)
  • Timbalan Ketua Menteri Sabah 
  • Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

Jawatan disandang dalam politik;

  • Bekas Naib Ketua UMNO Semporna (2016)
  • Pengarah pilihan raya bahagian Semporna (2018)
  • Naib Presiden Parti Warisan 
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P189 Semporna N52 Sulabayan
  • PRU14- P189 Semporna N52 Sulabayan
  • PRU DUN Sabah 16- P189 Semporna N64 Sulabayan