Musa Aman

Tan Sri Musa Aman merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga (N.52). 

Beliau juga mantan Ketua Menteri Sabah yang ke-14 dengan memegang jawatan itu selama 15 tahun (2003-2018) menggantikan Chong Kah Kiat pada 27 Mac 2003.

Pernah menjadi Menteri Kewangan Sabah dan merupakan Pengerusi Barisan Nasional Sabah. Beliau merupakan abang kepada Mantan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Pencapaian
Kerjaya:

Beliau pernah dilantik sebagai Konsul Kehormat di Bangladesh. Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai pegawai bank pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif City Finance Berhad {Julai 1983 - April 1995), Pengerusi dan Ketua Eksekutif Innoprise Corporation (ICSB). Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Pengarah Sinora, Innoprise International Incorporated, dan Pengerusi Sabah Softwoods Berhad.

Pendidikan:

Bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Edith Cowan, Australia

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P184 Libaran N42 Sungai Sibuga
  • PRU12- P184 Libaran N42 Sungai Sibuga
  • PRU13- P184 Libaran N42 Sungai Sibuga
  • PRU14- P184 Libaran N42 Sungai Sibuga