HASNI MOHAMMAD

Maklumat Diri
Asal
Pontian, Johor
Tarikh lahir
27/3/1959
Pasangan
Datin Fazlina Omar
Anak
4

Hasni Mohammad adalah calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding kerusi Parlimen P151 Simpang Renggam pada PRU ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,821 undi.

Menteri Besar Johor yang ke-18 Datuk Ir Hasni Mohammad, merupakan ahli politik yang tidak asing lagi dalam politik Johor apatah lagi pernah memegang jawatan EXCO kerajaan negeri sebelum ini.

Berkelulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam, Universiti of Missouri, Rolla, Amerika Syarikat, Hasni merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor selain Ketua UMNO Bahagian Pontian sejak tahun 2001.

Mempunyai latar belakang sebagai jurutera perunding, anak kelahiran Pontian itu mula melibatkan diri dalam politik seawal tahun 1990-an dengan jawatan pertamanya sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian pada tahun 1993 hingga 2001.

Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika Hishammuddin menjadi Menteri Belia dan Sukan pada tahun 2000 dan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada tahun 2004.

Selain itu, Hasni juga menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor dari Mei 2013 sehingga awal 2018, ketika kerajaan negeri dipimpin oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebagai Menteri Besar.

Pelantikan Hasni adalah susulan pengumuman Istana Johor mengenai penubuhan kerajaan Gabungan Baharu yang merangkumi BN, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekali gus membentuk majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal daripada Bersatu, yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-17 pada 14 April 2019.

ADUN Benut ini sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008 itu, berjaya mempertahankan kerusi selama tiga penggal pada PRU14 selepas menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Zulkifly Tasrep dan PAS Mohd Firdaus Jaafar dengan majoriti 4,447 undi.

Sebelum itu, Hasni, 61, dipilih sebagai Ahli Parlimen Pontian apabila menang dengan majoriti 21,158 undi mengalahkan calon Keadilan, Hassan Abdul Karim pada PRU11, Mac 2004.

Pada PRU14, Hasni Mohammad menang dengan mendapat 8,850 undian ketika menentang Zulkifly Tasrep daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 4,792 undi dengan majoriti undi sebanyak 4,058.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Besar (2020-kini)
  • ADUN Benut (2008-kini)
  • EXCO Kerjaraya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor (2013-2018)
  • Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) (2004)
  • Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (2000)
  • Jurutera

Jawatan disandang dalam politik:

  • Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor
  • Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor
  • Ketua UMNO Bahagian Pontian
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam, Universiti of Missouri, Rolla, Amerika Syarikat
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P164 Pontian
  • PRU15- P151 Simpang Renggam

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P164 Pontian N53 Benut
  • PRU13- P164 Pontian N53 Benut
  • PRU14- P164 Pontian N53 Benut
  • PRN DUN Johor- P164 Pontian N53 Benut

Artikel Berkaitan HASNI MOHAMMAD

Video Berkaitan HASNI MOHAMMAD