Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh ialah Ahli Parlimen Sri Gading yang menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Wilayah (2018–2020).
Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya (Mac–Jun 2020) pernah menjadi Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan juga merupakan mantan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Johor bagi kawasan Jorak di Muar.
Perjalanan dunia politik, beliau telah menyertai Parti UMNO sehingga 2016 sebelum berubah angin kepada Bersatu pada 2016 sehingga 19 Julai 2020.
Kemudiannya, beliau nekad keluar dari Parti Bersatu pada 19 Julai 2020 sehingga 7 Ogos 2020 sebelum memilih untuk bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad setelah menubuhkan Parti Pejuang pada 7 Ogos sehingga kini.