Mohd Azahar Ibrahim

Penyandang DUN Tenang, Mohd Azahar Ibrahim tewas pada Pilihan Raya Umum ke 14 selepas calon Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi DUN Tenang dengan majoriti 1,070 undian.

Bekas penolong Pegawai Daerah Rengit, pernah dicalonkan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang pada 2011.

Sebelum dicalonkan, beliau pernah memegang jawatan Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Labis (2004-2008) serta Ketua UMNO Cawangan Kampung Paya Merah, Labis.

Memiliki diploma pentabdiran awam dari Institut Teknologi Mara (ITM) Melaka (sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut mempunyai Ijazah Sains Politik (Kepujian) Portsmouth, United Kingdom.
 

Pencapaian
Kerjaya:

Jawatan yang pernah disandang

  • Ketua UMNO Cawangan Kampung Paya Merah, Labis
  • Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Labis (2004-2008)
  • Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Rengit (2006)
  •  Ahli Jawatankuasa Yayasan Tenang (2000)
  • Setiausaha Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit (2000)
  • Pengerusi Belia 4B Labis (2001-2005)
Pendidikan:
  •  Ijazah Sains Politik (Kepujian) Portsmouth, United Kingdom (1996)
  •  Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) Melaka (sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) (1993)

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P142 Labis N5 Tenang
  • PRU14- P142 Labis N5 Tenang