Jakiran Jacomah

Jakiran Bin Jacomah (lahir 14 September 1952 - kini) dari Barisan Nasional merupakan Adun Bukit Melawati, Selangor. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Koordinator BN Dun Bukit Melawati dan Pengarah Jentera BN Dun Bukit Melawati.

Beliau berpengalaman menjadi wakil calon kepada Tan Sri M Mahalingam, wakil calon kepada mendiang Datuk K Sivalingam dan wakil calon kepada Datuk Mohammed Sayuti Said.

Pernag menjadi wakil peribadi kepada Adun Assam Jawa/Seri Cahaya, Ijok dan Bukit Melawati.

Beliau juga aktif dalam NGO bermula Ahli Persatuan Belia Kampung Api-Api, Setiausaha JKKK Pasir Tuntong, Pegawai Olahraga Persatuan Olahraga Amatur Selangor, Pengadil Bola Sepak Daerah Kuala Selangor sehingga peringkat negeri.

Beliau juga Ketua Penerangan Pertubuhan Pekida Daerah Kuala Selangor.

Jawatan yang pernah disandang

  • 2013 - kini: Adun Bukit Melawati, Selangor
  • Koordinator BN Dun Bukit Melawati
  • Pengarah Jentera BN Dun Bukit Melawati

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Kuala Selangor

Ahli Majlis Jaksa Pendamai (JP) Negeri Selangor

 

Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P96 Kuala Selangor N10 Bukit Melawati
  • PRU14- P96 Kuala Selangor N10 Bukit Melawati

LCE (1986)