Sulaiman Abdul Razak

Sulaiman Bin Haji Abdul Razak memenangi kerusi di DUN Permatang, Selangor mewakili Barisan Nasional dengan mendapat undian 9,049 menentang Mohd Yahya Bin Mat Sahri daripada parti Pakatan Rakyat yang beroleh 8,023 undi dengan majoriti 1,026.

Seorang aktivis sebelum ini terlibat secara langsung dengan Pilihanraya Kampus Universiti pada tahun 1983/84. Pada tahun berkenaan (1983-1984) bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan dengan mewakili Tindakan Siswa Bersatu (TSB), yang lebih bersifat pro aspirasi Kerajaan dan penglibatan secara langsung ini telah melahirkan minat yang sungguh mendalam untuk terus bergiat cergas didalam politik dan mula menyertai UMNO pada tahun 1987.

Jawatan yang pernah disandang

2013 - kini: ADUN Permatang, Selangor

pengurus besar Redha Resources Sdn. Bhd.

Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P95 Tanjong Karang N9 Permatang
  • PRU13- P95 Tanjong Karang N9 Permatang
  • PRU14- P95 Tanjong Karang N9 Permatang

Ijazah Sarjana Muda Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)