Budiman Mohd Zohdi (lahir 11 Mac 1972) adalah seorang ahli politik Malaysia. Beliau adalah penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Selangor dan juga Ahli Parlimen Sungai Besar, Selangor yang mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti utama campuran dalam Barisan Nasional (BN). Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).