Syed Ibrahim Syed Ahmad

Dato’ Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dilahirkan di Kampung Bukit Seding, Kuala Tekal, Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1967. Penglibatan beliau secara politik bermula sedari awal lagi. Perjalanan politik beliau bermula dari bawah dan kini beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kerdau setelah memenangi Pilihanraya Kecil N28 Kerdau pada tahun 2011. Pada Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu beliau telah mengekalkan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau. Sehubungan itu, beliau telah diberi kepercayaan oleh YAB Menteri Besar Pahang untuk dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah Dan Tugas-tugas Khas bermula tahun 2013.

Pengalaman Kerjaya

  • 1993-1996 :Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir
  • 1997-2000 :Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang.
  • 2000 :Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut.
  • 2001 :Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang 

Pengalaman Politik

  •  Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
  • AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
  •  AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
  •  Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
  • Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P87 Kuala Krau N28 Kerdau
  • PRU14- P87 Kuala Krau N28 Kerdau
  • Sekolah Kebangsaan Kuala Krau, Temerloh  
  • Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Agama al-Khairiah, Temerloh.
  • Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang
  • Universiti al-Azhar, Mesir dalam pengkhususan Bahasa Arab dan berjaya mendapat Sijil Bahasa Arab al-Azhar.