Mohd Nizar Zakaria

Datuk Mohd Nizar Zakaria merupakan Ahli Parlimen Parit dari Barisan Nasional-UMNO.

Pada tahun 2020, beliau menyertai gabungan Perikatan Nasional dan telah dilantik (lantikan politik) sebagai Pengerusi Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menggantikan Dr. Narimah Awin. 

Beliau aktif melaksanakan misi kemanusiaan, pernah menjadi tahanan semasa Angkatan Pertahanan Israel (IDF) semasa tiba di perairan untuk menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Beliau merupakan salah seorang anak kapal MV Rachel Corrie yang berlaku pada Jun 2010.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad dengan majoriti sebanyak 2,873 undi. Beliau memperolehi 12,399 undi berbanding lawan beliau memperolehi hanya 9,526 undi.

Pada PRU ke 14, beliau Mohd Nizar menang dengan mendapat 14,035 undian ketika menentang Najihatusalehah Ahmad daripada parti Gagasan Sejahtera yang mendapat 7,715 undi dengan majoriti undi sebanyak 6,320.
 

Pencapaian
Akan dikemaskini
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P69 Parit
  • PRU14- P69 Parit

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P69 Parit N38 Belanja