Muhamad Yusoff Mohd Noor

  • Beliau merupakan calon bertanding mewakili Barisan Nasional untuk DUN Sungai Dua PRU14. 
  • Muhamad Yusoff Bin Hj Mohd Noor merupakan ahli UMNO yang banyak pengalaman dalam dunia politik di Tasek Gelugor.Beliau telah terlibat dalam jentera UMNO semenjak 1985 dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Cawangan,AJK Pergerakan Pemuda Bahagian dan juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Tasek Gelugor,AJK UMNO Bahagian Tasek Gelugor dan beberapa jawatan lagi sehingga kini.
  • Lahir 30 Mac 1963
  • Beliau mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian, pengurusan projek dan kewangan, pentadbiran, pengurusan jenazah serta perhubungan dalam masyarakat.

 

  1. Bertugas sebagai Pengurus Besar di Pertubuhan Peladang Kawasan Selama Perak, Perak Darul Ridzuan dari 4 November 1985 hingga 31 Mei 1992.
  2. Bertugas sebagai Pegawai Urusan Pendaftar di Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Pulau Pinang dari 1 Jun 1992 hingga 1995.
  3. Bertugas sebagai Tmbalan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Pulau Pinang  1 Julai 1995 hingga 31 Disember 1995.
  4. Menjawat jawatan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Penaga dari 1 Januari 1996 hingga 31 Mei 1997.
  5. Menjalankan tugas sebagai Pembantu Khas kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari 1 Jun 1997 hingga 31 Mei 1999.
  6. Bertugas di Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu sebagai Pengurus Besar  dari 1 Jun 1999 hingga  30 Oktober 2000.
  7. Bertugas sebagai Pegawai Urusan Pendaftar di Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Pulau Pinang dari 15 Januari 2004 hingga 31 Mac 2004.
  8. Bertugas sebagai Eksekutif Simpanan Dan Kredit, Bahagian Perniagaantani & Industri di Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur dari 1 April 2004 hingga 18 Oktober 2004.
  9. Menjalankan tugas sebagai Pengurus Eksekutif di Yayasan Pelajaran Peladang (YPP) di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dari 18 Oktober 2004 hingga 31 March 2006.
  10. Memegang jawatan sebagai Ketua Komponen LPP di Projek Kerian Sg Manik (IADP) dari 1 April 2006 hingga 31 Disember 2008.
  11. Memegang jawatan Timbalan Pengarah/Ketua Cawangan Pembangunan LPP Negeri Perlis mulai 1 Januari 2009 hingga 15 Mei 2010.
  12. Menjalankan tugas sebagai Pengurus Besar PPK Penaga mulai 15 Mei 2010 hingga sekarang.  
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P42 Tasek Gelugor N5 Sungai Dua
  • PRU14- P42 Tasek Gelugor N5 Sungai Dua
  • Diploma Pengurusan & Perindustrian Ladang
  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Pengurusan Pembangunan
  1. Sekolah Rendah Kebangsaan Hashim Awang ~ 1970 – 1975.
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn ~ 976 – 1978.
  3. Sekolah Menengah Teknik Alor Setar ~ 1979 – 1980.
  4. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Arau ~ 1982 – 1984.
  5. Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok ~ 2000 – 2003.