Mohd Shafie Apdal

Maklumat Diri
Telefon
088-369826
Email
[email protected]
Asal
Semporna, Sabah
Pasangan
Datin Seri Shuryani binti Shuaib
Anak
6 anak

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal merupakan Ahli Parlimen Semporna juga adalah Presiden Parti Warisan Sabah. 

Anak berketurunan Bajau ini menubuhkan Parti Warisan Sabah pada 17 Oktober 2016 bersama dengan Datuk Darell Leiking dan beberapa ahli politik Negeri Sabah yang lain.

Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang sebelumnya dikenali sebagai Parti Pembangunan Warisan Sabah (Sabah Heritage Development Party) merupakan salah satu parti di Malaysia yang berpangkalan dan beroperasi di negeri Sabah, Malaysia.

Parti ini telah menggariskan dasar perjuangannya di mana matlamat perjuangannya adalah untuk kepentingan masyarakat Sabah.

 

Pencapaian
Kerjaya:

Ketika UMNO mula bertapak di negeri itu, beliau telah menyertai parti itu dan terpilih sebagai Exco Pemuda UMNO bagi penggal 1993/1996 setelah mendapat tempat ke-12 dengan jumlah 198 undi. 

Pada tahun 1995 beliau telah dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Semporna dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah. Mohd Shafie menyandang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan antara 15 Mei 1995 dan 24 Mei 1999. 

Beliau menjadi Ahli Parlimen Kawasan Semporna, Sabah pada tahun 1995 dan berjaya mengekalkan kerusi parlimen sehingga kini.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 25 Mei 1999 dan kemudian berpindah ke Kementerian Pertahanan untuk menyandang jawatan Timbalan Menteri antara 14 Disember 1999 dan 29 Mac 2004. Antara tahun 2000 dan 2003, Mohd Shafie juga menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Mohd Shafie dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia pada 30 Mac 2004, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian diberikan pula portfolio Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (19 Mac 2008 – 9 April 2009).

Pada 28 Julai 2015, Shafie dialihkan dalam rombakan kabinet oleh Najib dengan kehilangan portfolio Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada (10 April 2009 – 29 Julai 2015).

Berikutan itu, beliau membentuk parti pembangkang baru yang dikenali sebagai WARISAN yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 17 Oktober 2016.

Kini memegang jawatan Presiden Parti Warisan Sabah. 

Sementara itu, beliau memegang jawatan Ketua Menteri Sabah pada 12 Mei 2018 - 25 September 2020.

Beliau yang juga bekas Naib Presiden UMNO pernah berkhidmat dalam jawatan tersebut bermula (2009–2016) setelah menyertai parti Barisan Nasional (BN) pada (1995-2016). 

Pendidikan:

Datuk Seri Mohd Shafie telah mendapat pelajaran menengah di Victoria Institution, Kuala Lumpur. memperoleh Diploma dalam Pengurusan dan dalam Perkapalan dari Kolej Perniagaan London, dan Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dengan Kepujian daripada Politeknik Staffordshire Utara (sejak 1992, Universiti Staffordshire) di England.

Setelah menghabiskan kursusnya di England, Mohd Shafie kembali ke Malaysia dan memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Ahli Ekonomi dalam Kementerian Kewangan Negeri Sabah pada tahun 1982. Pada tahun 1984, beliau berpindah ke Jabatan Ketua Menteri Negeri Sabah untuk memegang jawatan Pegawai Pentadbir Kanan.

Beliau kemudian berpindah ke Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar Sabah pada tahun 1987 untuk menyandang jawatan Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar Sabah, dan dari tahun 1991 hingga 1993, merupakan Setiausaha Politik kepada Tan Sri Datuk Sakaran Dandai, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.


 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P189 Semporna
  • PRU12- P189 Semporna
  • PRU13- P189 Semporna
  • PRU14- P189 Semporna

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P189 Semporna N53 Senalingan
  • PRU DUN Sabah 16- P189 Semporna N65 Senallang

Video Berkaitan Mohd Shafie Apdal