Dato' Sri Mustapha Mohamed merupakan ahli politik, menteri dan ahli parlimen Malaysia. Beliau merupakan bekas Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia; kini beliau Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Beliau juga adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Jeli, Kelantan. Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan besar dalam kejayaan Barisan Nasional di Negeri Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-11.