INFO PARTI


Barisan Nasional

Merupakan parti campuran utama di Malaysia, telah dibentuk pada 1973 oleh pengasas parti yang juga merupakan perdana menteri Malaysia yang ke-2 ketika itu iaitu Abdul Razak Hussein, sebagai pengganti kepada Parti Perikatan. Mengetuai jentera hadapan pada PRU13 ialah Najib Tun Razak sebagai Pengerusi dan Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Pengerusi dengan berpaksikan slogan "Rakyat Didahulukan Pencapain Diutamakan".

Sehingga 2013, majoriti kerusi Barisan Nasional dipegang oleh dua parti politik Bumiputera berpusat yang terbesar iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Bagi sebahagian besar sejarahnya, kedua-dua Persatuan Cina Malaysia dan Kongres India Malaysia telah memainkan peranan utama dalam Barisan Nasional, tetapi perwakilan mereka di Parlimen dan badan perundangan negeri semakin berkurangan. Bagaimanapun, hampir setiap parti komponen mewakili - dan membatasi keahlian - kepada kaum tertentu: UMNO untuk orang Melayu, MCA untuk orang Cina dan sebagainya

Berikut merupakan anggota parti komponen Barisan Nasional antaranya ialah:

Rakan-rakan Barisan Nasional :



Parti Komponen
UMNO
Info Parti Komponen
LATAR BELAKANG

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Pengerusi Tetap Tan Sri Badruddin Amiruldin
Presiden Dato' Seri Najib Tun Razak
Timbalan Presiden Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi(pemangku) [1]
Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin
Ketua Wanita Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin
MANIFESTO

Tujuh ‘manifesto bangsa’ dibentangkan oleh Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Menurut Ahmad Zahid, manifesto-manifesto yang dibentangkan itu akan menjadi satu gagasan buat UMNO sebagai parti keramat orang Melayu.

“Inilah manifesto sebelum manifesto. Inilah manifestasi akujanji kita kepada rakyat. Saya percaya tujuh manifesto bangsa ini yang merangkumi tujuh Lembayung Arjana (kejayaan) Bangsa akan menjadi pegangan kita buat selama-lamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya ketika merasmikan Persidangan Sayap-Sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC, malam tadi.

Tujuh manifesto yang dibentangkan adalah seperti berikut:

1. Lembayung Kesejagatan Politik

2. Lembayung Ekonomi Maqasid Syariah

3. Lembayung Pengangkasaan Pendidikan

4. Lembayung Keselamatan Negara

5. Lembayung Antarabangsa

6. Lembayung Raja-Raja Melayu

7. Agama Lembayung Peradaban

Di dalam ucapannya itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menekankan kepentingan mentaliti untuk menang menjelang PRU14 yang bakal berlangsung tahun hadapan.

“Gerbang PRU14 kian kita hampiri. Dari hitungan ‘eddah’ politik tempoh tamat penggal ini akan berakhir pada Jun 2018. Tidak boleh lari dari jeda masa itu kita akan turun ke gelanggang sederap serentak.

MCA
Info Parti Komponen
MIC
Info Parti Komponen
PBB
Info Parti Komponen
SUPP
Info Parti Komponen
GERAKAN
Info Parti Komponen
MYPPP
Info Parti Komponen
LDP
Info Parti Komponen
PBRS
Info Parti Komponen
UPKO
Info Parti Komponen
PBS
Info Parti Komponen
SPDP
Info Parti Komponen
PRS
Info Parti Komponen
Pakatan Harapan

Pakatan Harapan (PH) (Bahasa InggerisAlliance of Hope) merupakan pergabungan tidak rasmi antara parti politik pembangkang di Malaysia yang bertindak selaku pewaris Pakatan Rakyat. Parti campuran ini ditubuhkan pada 22 September 2015, terdiri daripada Parti Tindakan DemokratikParti Keadilan Rakyat dan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia. Parti Pekerja-Pekerja Malaysia diganti oleh Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah mengesahkan status permohonannya. Ibu pejabat bertapak di Petaling JayaSelangorMalaysia (PKR) Kuala LumpurMalaysia(DAP & AMANAH) Petaling JayaMalaysia(PPBM).  Parti Pakatan Harapan (PH)  

Ketua Umum Anwar Ibrahim
Pengerusi Mahathir Mohamad
Presiden Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin
Lim Guan Eng
Mohamad Sabu
Naib Presiden Mohamed Azmin Ali
Mukhriz Mahathir
Chong Chieng Jen
Salahuddin Ayub
M. Kulasegaran
Christina Liew

Berpaksikan slogan, 'Pakatan Harapan Rakyat'. 

Berikut merupakan anggota parti komponen Pakatan Harapan antaranya ialah:

Rakan Strategik : 

  • HINDRAF 
  • Parti Gen Baru

 


10 Perkara Selepas 100 hari Tadbir Putrajaya :

  1. Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.
  2. Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.
  3. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka FELDA.
  4. Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.
  5. Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.
  6. Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.
  7. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka.
  8. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963.
  9. Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.
  10. Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.

Manakala manifesto yang menarik selepas 5 tahun mentadbir seperti dibawah : 

  1. Memacukan ekonomi dan daya saing negara
  2. 1 juta pekerjaan baru berkualiti
  3. 1 juta perumahan mampu milik dan mampu sewa (2penggal)\
  4. Hapuskan tol secara berperingkat
  5. Pendidikan percuma untuk IPTA
  6. Gaji minima RM 1,500 secara berperingkat
  7. Reformasi institusi -institusi negara
  8. Bersihkan Najis Rasuah
  9. Had 2 penggal jawatan Perdana Menteri dan Menteri Besar
  10. Memperkasakan perkhidmatan awam.
  11. Desentralisasi kuasa kepada Sabah dam Sarawak
  12. Membina Malaysia inklusif, moderat, gemilang
  13. Utamakan pekerja tempatan, mengurangkan 2 juta pekerja asing secara berperingkat.
  14. Mengekalkan BRIM kepada golongan B40

Parti Komponen
PKR
Info Parti Komponen
DAP
Info Parti Komponen
PPBM/BERSATU
Info Parti Komponen
AMANAH
Info Parti Komponen
Gagasan Sejahtera

Gagasan Sejahtera (GAGASAN) merupakan sebuah gabungan politik tidak rasmi parti-parti pembangkang di Malaysia. Gabungan tersebut pada mulanya ditubuhkan sebagai Kuasa Blok Ketiga pada 16 Mac 2016, terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan). Ianya telah mengumumkan pada 13 Ogos 2016, pakatan politik tersebut akan secara rasminya dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.

Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) menyertai Gagasan pada 23 September 2016. Selain itu, Parti Cinta Malaysia (PCM) turut menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama bersama Gagasan pada 13 Mei 2017. Tujuan utama Gagasan Sejahtera adalah memperjuangkan kebenaran, membina sebuah negara yang sejahtera, melawan rasuah dan menyatupadukan rakyat Malaysia. Bertapak ibu pejabat di Kuala LumpurMalaysia (PAS & IKATAN) Pasir MasMalaysia (BERJASA) Bukit MertajamSeberang PeraiPulau Pinang (PCM) Alor SetarKedah (PHM). 

  • Pengerusi:
    • Abdul Hadi Awang (PAS)
  • Timbalan Pengerusi:
    • Abdul Kadir Sheikh Fadzir (IKATAN)
    • Abdul Kadir Mamat (BERJASA)
  • Naib Pengerusi:
    • Tan Weng Chew (PCM)
    • Johari Musa (PHM)
    • Tuan Ibrahim Tun Man (PAS)
    • Ragunath Kesavan (IKATAN)
    • Hashim Karim (BERJASA)

 

Bersaksikan Slogan parti " Sejahtera Bersama Islam "

Berikut merupakan anggota parti komponen Gagasan Sejahtera antaranya ialah:


a) Pada hari ini, Gagasan Sejahtera (GAGASAN) yang dianggotai oleh PAS, IKATAN dan BERJASA, serta badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan tokoh-tokoh (NGIs) mengumumkan, Manifesto GAGASAN yang bertemakan ‘MALAYSIA SEJAHTERA’ dilancarkan pada Ahad, 18 Mac 2018.

Pelancaran manifesto tersebut dilakukan dalam satu Majlis Syarahan Perdana yang akan disampaikan oleh Pengerusi GAGASAN, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Astana Banquet Hall, Cyberjaya.

b) Berikut adalah senarai sembilan teras penting yang menjadi dasar umum Manifesto GAGASAN yang bakal dilancar nanti :

1. Pembentukan sebuah kerajaan yang berintegriti, beramanah serta bebas daripada korupsi

2. Penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baru untuk rakyat

3. Pemberdayaan rakyat untuk meredakan kesan peningkatan inflasi dan kenaikan kos sara hidup

4. Pengurangan jurang agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar

5. Peningkatan kualiti pendidikan ke arah pembinaan modal insan cemerlang

6. Pengharmonian sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak Syariah

7. Pengukuhan semula konsep federalisme dengan mengembalikan hak-hak tertentu kerajaan negeri

8. Pemerkasaan suara rakyat selaras dengan tuntutan syura dan amalan demokrasi

9. Penambahbaikan keberkesanan sistem sokongan sosial untuk golongan yang memerlukan


Parti Komponen
PAS
Info Parti Komponen
IKATAN
Info Parti Komponen
PCM
Info Parti Komponen
PHM
Info Parti Komponen
Parti Sosialis Malaysia
Ketua Mohd Nasir Hashim
Setiausaha-Agung Sivarajan Arumugam
Diasaskan 30 April 1998
(Didaftarkan pada 10 September2008)
Ibu pejabat No.140A, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Sayap belia Pemuda PSM

Parti Sosialisme Malaysia atau PSM adalah parti politik yang telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada tahun 2008. Lambang parti PSM adalah genggaman tangan kiri yang melambangkan perpaduan dan perjuangan untuk suatu masyarakat yang adil dan demokratik. Ibu pejabat parti PSM terletak di Brickfields, Kuala Lumpur.

PSM memeluk  ideologi sosialisme yang mendukung sistem ekonomi yang memastikan pengagihan kekayaan dalam satu masyarakat yang adil dan demokratik, bebas dari eksploitasi.

PSM yakin dan komited kepada perjuangan kelas dan akan terus menyebarkan politik kelas, dan menentang politik perkauman dan agama yang diamalkan di Malaysia. PSM akan bekerja keras untuk memperkasakan rakyat dan membebaskan mereka daripada cengkaman kapitalisme.

Walaupun PSM komited kepada analisa Marxist, PSM akan ada polisi terbuka,berkenaan dengan tendensi kiri.   PSM belum menyertai, ataupun bergabung dengan mana-mana organisasi kiri atau sosialis antarabangsa.  PSM akan terus membuka pintu parti kepada kritikan dan pandangan berbeza di kalangan puak kiri. Matlamat utama PSM adalah untuk memastikan rakyat dihormati dan boleh menikmati hasil titik peluh mereka.


Manifesto 99% PSM

1. Pembangunan yang mengutamakan rakyat serta lestari 
* Sebuah dasar ekonomi yang progresif
*Pembangunan Lestari dan Perlindungan Alam Sekitar
*Insfrastruktur dan Pelan Pembangunan Daerah yang Mampan

2. Hak- Hak demokratik dan politik
* Demokratik tulen 
* Mempertakan Hak Asasi Manusia dan Kedaulatan Undang-Undang
* Mendukung Prinsip Kebebasan Bersuara dan Maklumat
* Kesaksamaan Hak untuk Semua Tanpa Mengira Etnik, Umur, Agama & Seksualiti
* Toleransi Sifar terhadap Korupsi, Nepotisme & Salahguna Kuasa oleh Elit Politik

3.Pengagihan Semula Kekayaan Secara Sakasama
*Agihan Kekayaan Secara Saksama
*Mempertahankan Kepentingan dan Hak-Hak Pekerja 

4. Masyarakat dan Budaya yang Inklusif
* Mendukung Hak-Hak Asasi serta Martabat Wanita
* Sebuah Dasar Pendidikan yang Adil & Berpandangan Jauh
* Sistem Penjagan Kesihatan Awam yang Lebih Baik
* Dasar Masyarakat Penyayang dan Berpaksikan Rakyat
* Menyokong Hak-Hak Orang Asal, Tanah-Tanah Adat, Budaya & Agama Mereka
* Dasar Kebudayaan yang Merayakan Kepelbagaian
* Memerangi Jenayah dan Meningkatkan Keselamatan Awam 
* Mengurangkan Perbelanjaan Pertahanan dan Menghidupkan Budaya Keamanan
* Pembiayaan Manifesto
 


Parti Komponen
PSM
Info Parti Komponen
BEBAS


Parti Komponen
BEBAS
Info Parti Komponen
Penang Front Party


Parti Komponen
PFP
Info Parti Komponen
Parti Rakyat Malaysia


Parti Komponen
PRM
Info Parti Komponen
Parti Bersama Malaysia (Malaysian United Party)


Parti Komponen
PBM (MU)
Info Parti Komponen
Parti Alternatif Rakyat


Parti Komponen
PAP
Info Parti Komponen
Parti Bumi Kenyalang


Parti Komponen
PBK
Info Parti Komponen
SOLIDARITI


Parti Komponen
SOLIDARITI
Info Parti Komponen
Parti Maju Sabah


Parti Komponen
SAPP
Info Parti Komponen
Parti Cinta Sabah


Parti Komponen
PCS
Info Parti Komponen
Parti Perpaduan Rakyat Sabah


Parti Komponen
PPRS
Info Parti Komponen
Parti Harapan Rakyat Sabah


Parti Komponen
HR
Info Parti Komponen
Parti Bansa Dayak Sarawak Baru


Parti Komponen
PBDSB
Info Parti Komponen
Parti Kebangsaan Sabah


Parti Komponen
PKS
Info Parti Komponen
Parti Kerjasama Anak Negeri


Parti Komponen
Anaknegeri
Info Parti Komponen
Peace


Parti Komponen
Peace
Info Parti Komponen
Parti Reformasi Negeri


Parti Komponen
STAR
Info Parti Komponen
United Sabah National Organisation


Parti Komponen
USNO
Info Parti Komponen
Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia


Parti Komponen
BERJASA
Info Parti Komponen
Parti Warisan Sabah


Parti Komponen
WARISAN
Info Parti Komponen
Parti Tindakan Rakyat (People`s Action Party)


Parti Komponen
PAP
Info Parti Komponen
Warisan


Parti Komponen
Persatuan Pribumi Perkasa


Parti Komponen
Parti Progresif Penduduk Malaysia


Parti Komponen
Parti Tindakan Demokratik


Parti Komponen
DAP
Info Parti Komponen