Mujahid debat untuk menang, bukan kebenaran

Pas kawasan Parit Buntar bersedia menolak cabaran debat dikemukakan calon Harapan Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa terhadap calon parti itu dan BN pada hari penamaan calon PRU14 kelak.

Timbalan Yang Dipertuanya, Abu Bakar Hussain, pihaknya akan menyerahkan kepada pucuk kepimpinan Pas kawasan bagi menentukan sama ada menerima jemputan debat dikemukakan Mujahid atau sebaliknya.
Menurutnya, kemungkinan cabaran itu ditolak amat tinggi kerana Pas kawasan berpendapat objektif Mujahid berdebat bukan untuk mencari kebenaran dalam politik, namun semata-mata mencari kemenangan.
LAPORAN MOJO SINAR HARIAN PERAK, KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN

Mujahid Yusof Rawa