Tak rasmi: Anwar menang di PD

PORT DICKSON - Calon Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendahului enam pesaingnya pada PRK Port Dickson.

Keputusan tidak rasmi yang dipaparkan di Bilik Gerakan Utama PH setakat 7.36 malam, menyaksikan Anwar memperoleh majoriti 17,075 dengan jumlah undi 22,718 undi, diikuti calon Pas, Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar yang mendapat 6,199 undi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, yang bertanding atas tiket Bebas memperoleh 3,395 undi manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan mendapat 76 undi.

Calon Bebas lain, Stevie Chan mendapat 264  undi, Lau Seck Yan (160), Kan Chee Yuen (114).

Anwar IbrahimPRK Port Dickson