'Anwar pun sokong MU'

PORT DICKSON - Jika dahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah penyokong tegar pasukan bola sepak Manchester United.

Tapi, hari ini, tidak sangka Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengakui dirinya mempunyai minat yang sama dengan Najib terhadap pasukan gergasi Eropah itu.

Pasukan yang popular digelar sebagai 'Red Devils' itu dianggap sebagai pasukan yang hebat sejak sekian lama.

"Secara tradisionalnya, saya adalah Manchester United.

"Dari dulu lagi saya menyokong pasukan itu," katanya selepas merasmikan pertandingan bola sepak 7 sebelah, di Padang Merdeka, di sini, hari ini.

Berucap di hadapan pasukan bertanding, Anwar menyeru golongan muda terus mempertingkat semangat kesukanan.

"Dalam sukan juga perlu ada sikap lawan. Tapi dengan semangat kesukanan untuk terus membangun," katanya.

Baru-baru ini Najib meluahkan rasa lucu beliau apabila dipersalahkan dalam pelbagai perkara termasuk prestasi buruk Manchester United.

Adakah dengan kenyataan sokongan Anwar ini akan membuatkan ramai penyokong pasukan gergasi lain bertukar pasukan?

Anwar IbrahimPRK Port Dickson Negeri Sembilan