PH menang bergaya di Balakong

BALAKONG - Calon PH, Wong Siew Ki menang bergaya menumbangkan lawannya dari MCA, Tan Chee Teong.

Siew Ki berjaya mempertahankan kerusi Dun Balakong pada PRK hari ini selepas memperolehi 22,508 undi manakala Chee Teong sekadar mendapat 3,975 undi.

Kemenangan Siew Ki itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Balakong, Datuk Rosli Othman, di Dewan Demesne Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat, kira-kira jam 8.53 malam.

Bagaimanapun Siew Ki hanya memperolehi majoriti 18,533 undi, jauh berbeza dengan majoriti yang diperolehi penyandang kerusi berkenaan, Eddie Ng Tien Chee dalam PRU 14 lalu iaitu 35,538 undi.

Sementara itu, calon MCA, Tan Chee Teong memperoleh undi 3,591. Pada PRU14, calon BN, Lim Chin Wah memperoleh 5,874 undi.

Pada PRK Balakong, julung kali Chee Teong menggunakan logo MCA dan Siew Ki menggunakan logo Harapan.

Proses mengundi di 16 pusat pengundian dengan 128 saluran, berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang provokasi daripada penyokong parti bertanding.

PRK Dun Balakong diadakan berikutan kematian Tien Chee daripada DAP dalam satu kemalangan jalan raya, 20 Julai lalu.

Malangnya PRK Dun Balakong mencatat peratusan keluar mengundi tercorot iaitu 43 peratus sahaja memadam rekod PRK Dun Penanti sebanyak 46 peratus pada 31 Mei 2009 lalu.

Jumlah undian pemilih sebanyak 26,483 dan jumlah undi ditolak sebanyak 227.

Jumlah kertas undi yang tidak dikembalikan direkodkan sebanyak 24.

Wong Siew Ki

Berita Popular

Video Popular