Peratusan keluar mengundi masih rendah

BALAKONG - Peratusan pengundi yang keluar mengundi dalam PRK Dun Balakong sehingga jam 12.30 tengahari, ialah 25 peratus.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, peratusan pengundi itu masih rendah.

"Kita melihat 25 peratus ini satu angka yang agak rendah, saya menyeru pengundi untuk keluar mengundi, pusat mengundi dibuka sehinga jam 5.30 pernah," katanya.

Mohamed Elias berkata, pihaknya empat pusat mengundi iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Balakong, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perimbun, Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 dan SMK Cheras Perdana.

"Kita mendapati proses pengundian berjalan dengan lancar dan teratur walaupun hujan, tetapi tiada masalah yang timbul," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Keluar undi awal, elak cuaca tidak menentu: Halimey]

Beliau berkata, dua saluran khas warga emas disediakan untuk golongan itu.

"Kita turut menyediakan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan warga emas yang tidak mampu berjalan akibat faktor kesihatan," katanya.

PRK Balakong
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :