Seramai 749 polis bertugas

PETALING JAYA - Seramai 749 pegawai dan anggota polis Selangor bertugas menjamin kelancaran proses pengundian PRK Dun Seri Setia hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, pegawai dan anggota terlibat adalah daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Beliau berkata mereka ini telah mula bertugas sejak 4 pagi tadi bagi memastikan keselamatan di tempat mengundi, lalu lintas dan keselamatan kawasan yang mempunyai 52,650 pengundi itu hingga selesai PRK.

Pihak polis turut dibantu pihak berkuasa lain termasuk Rela, menjadikan jumlah keseluruhan anggota keselamatan terlibat dalam PRK itu seramai 1,000 orang.

“Setakat ini, keadaan terkawal dan saya meminta orang awam yang keluar mengundi agar mematuhi arahan polis bertugas di pusat pengundian dari semasa ke semasa,” katanya kepada Bernama.

PRK Dun Seri Setia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar dan calon Pas Dr Halimah Ali, susulan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos akibat kanser usus. - Bernama

Halimah AliHalimey Abu BakarPetaling Jaya PRK Seri Setia
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :