halimey sedia isytihar harta, cuma...

PETALING JAYA - Calon PH, Halimey Abu Bakar menegaskan bersetuju isytihar harta seperti dikehendaki Pas dan Umno.

Bagaimanapun, katanya, tempoh untuk berbuat demikian terlalu suntuk kerana undi PRK Dun Seri Setia akan berlangsung esok.

"Tak apa saya terima dan InsyaALLAH saya bersedia untuk isytiharkan harta.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sudah Isytihar harta cuma tambah aset Camry lelong]

"(Tapi) hari ini dah Jumaat. Sebarang, keputusan (mengenai pengisytiharan harta) itu saya akan bincang dahulu," katanya ketika ditanya pemberita pada sidang media hari ini.

Halimey berkata demikian susulan daripada kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir yang memaklumkan bahawa parti Islam itu dan Umno sepakat mahukan kedua-dua calon PRK Dun Seri Setia mengisytiharkan harta sebelum hari pengundian Sabtu ini.

Roslan berkata, langkah itu perlu dilakukan agar rakyat berpeluang memilih calon yang paling layak serta bersih sebagai wakil mereka.

Mengulas mengenai hari pengundian esok, Halimey berkata, pihaknya berkeyakinan akan mendapat sebanyak kira-kira 96 peratus sokongan daripada pengundi di Dun ini.

"Kita dah buat segala persiapan malah turut berkempen di seluruh kawasan bagi bertemu pengundi-pengundi Dun ini," katanya.

Halimey Abu BakarPetaling Jaya PRK Seri Setia
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :