PRK Balakong: DAP guna logo PH

KUALA LUMPUR - DAP akan menggunakan logo PH ketika bertanding dalam PRK Dun Balakong.

Keputusan itu diumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memaklumkan persetujuan  dicapai dalam mesyuarat bersama Jawatankuasa Tertinggi Pusat parti, Ahad lepas.

Menurutnya, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau gembira dengan keputusan dibuat DAP.

“Pagi ini saya telah maklumkan keputusan kepada beliau dan beliau gembira kerana ini kali pertama DAP buat keputusan guna logi PH.

“Ini merupakan satu keputusan yang kami buat pada hari Ahad lepas di Ibu Pejabat DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media khas di Ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.

AKAN MENYUSUL

DAP
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :