DAP umum calon Dun Balakong

KUALA LUMPUR - DAP mengumumkan Ketua Dapsy Serdang, Wong Siew Ki sebagai calon bagi mewakili parti itu di PRK Dun Balakong.

Keputusan itu diumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu sidang media khas di Ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.

Siew Ki, 32, menyertai DAP pada 2014 dan kini turut memegang jawatan Ahli Majlis dalam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Selain itu, beliau juga merupakan Penolong Setiausaha Publisiti Dapsy Selangor dan Penolong Setiausaha DAP Selangor.

Siew Ki dalam kenyataannya turut memaklumkan bakal meletak jawatan sebagai Ahla Majlis MPSJ dalam masa terdekat bagi memberintumpuan kepada PRK.

Wong Siew KiDAP
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :