Harapan Perak yakin tunai manifesto

IPOH - Harapan Perak yakin mampu menunaikan manifesto yang dijanjikan pada PRU lalu.

Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing berkata, pembentukan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang akan diumumkan esok (hari ini) bakal melancarkan proses berkenaan.

Menurutnya, pentadbiran Harapan Perak berasaskan manifesto yang bertemakan ‘Bersama Harapan, Perak kembali gemilang’ menggariskan 10 dasar utama sebagai tawaran kepada warga Perak.

“Lima teras yang merangkumi 31 janji terdiri daripada segmen kebajikan dan ekonomi rakyat, amanah dan integriti, keadilan sosial dan demokrasi, budaya ilmu dan penyelidikan serta alam sekitar dan komuniti.

“Daripada lima teras itu, terdapat 10 dasar tumpuan yang menjurus kepada pembangunan ekonomi rakyat dan meningkatkan integriti di dalam pentadbiran kerajaan ,”katanya selepas bertemu penduduk bagi mengucapkan terima kasih di sekitar Simpang Pulai.

Hadir sama, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu turut dimaklumkan Pegawai Kewangan Negeri dan pegawai utama kerajaan negeri, Harapan mampu melaksanakan janji-janjinya selain merangka beberapa program lain yang memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya, dengan mengambil kedudukan kewangan yang sedia ada dan implikasi kewangan kerajaan negeri, kesemua program Harapan Perak mampu dilaksanakan.

Ismaniza AhmadIPoh PKR
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :