Belum putuskan dana pembangkang

JEMPOL- Kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan berhubung peruntukan kepada Adun pembangkang di negeri ini.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, keputusan tersebut akan dibuat selepas selesai perlantikan barisan Exco kerajaan negeri kelak.

"Kita akan bincangkannya dalam mesyuarat Exco sebelum sebarang keputusan dibuat susulan ia bukan membabitkan keputusan saya seorang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kenduri Rakyat sempena kemenangan Pakatan Harapan (Harapan) Negeri Sembilan anjuran Penyelaras Dun Serting di Surau Felda Raja Alias 4, malam tadi.

Aminuddin HarunBahau Jempol Pakatan Harapan
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :