Ahmad Yakob angkat sumpah MB Kelantan

KOTA BHARU - Adun Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan untuk penggal kedua hari ini.

Istiadat angkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Mohammad Fa-iz Petra berlangsung di Istana Kota Lama kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Istiadat angkat sumpah dan menerima watikah disaksikan Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz; Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Datuk Nazran Muhammad serta Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Pada PRU14 yang berlangsung semalam menyaksikan Pas berjaya memperoleh 38 daripada 45 kerusi Dun sekali gus mempertahankan pentadbiran di Kelantan yang dipegang sejak 1990.

Pelantikan barisan Exco lain akan dilakukan dalam masa terdekat.

Ahmad YakobPasir Pekan
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :