Semua penyandang Parlimen Pekan berjaya kekal kedudukan

PEKAN - Penyandang bagi semua kerusi yang dipertandingkan di Parlimen Pekan berjaya mempertahankan kedudukan masing-masing.

Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempertahankan kerusi Parlimen Pekan untuk penggal ke-10 berturut-turut.

Beliau memperoleh majoriti sebanyak 24,859 undi menewaskan calon PKR, Zahid Mat Arip; Kapten (B) Ahiatudin Daud (Pas) dan Datuk Paduka Abd. Kadir Sainudin (Bebas).

Pengumuman kemenangan itu dibuat, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pekan, Mohd. Yusli Ibrahim Mohd. Yunus di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini, malam ini.

Peratusan pengundi yang keluar mengundi bagi Parlimen Pekan sebanyak 81.3 peratus.

Dalam pada itu, pada PRU13 lalu Najib jua mengekalkan kemenangannya di kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976 setelah memperoleh 35,613 majoriti undi.

Sementara itu, bagi kerusi Dun Pulau Manis menyaksikan penyandangnya, Datuk Khairuddin Mahmud memperoleh 8,282 undi manakala pencabarnya calon Pas, Zainuddin Noh (948) dan calon PKR, Abu Bakar Lebai Sudin (2,101). 

Dun Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali penyandang BN mendapat majoriti 7,182 undi selepas menewaskan Datuk Salim Abd Majid (PKR) dan Abu Kassim Manaf (Pas).

Bagi kerusi Dun Bebar pula, BN yang diwakili Datuk Mohd. Fakhruddin Mohd. Ariff menang majoriti sebanyak 5,720 undi selepas berdepan calon Pas Mohd. Nazhar Othman dan Afif Syirol Abdul Rahman (PKR).

Manakala di Dun Chini, calon BN  Datuk Seri Abu Bakar Harun mendapat majoriti sebanyak 4,622 undi selepas menewaskan Mohd. Fadhil Noor Abdul Karim (Pas) dan Mohamad Razali Ithnain (PKR).

Mohd Najib Tun RazakMohd. Fakhruddin Mohd. AriffAbu Bakar HarunPekan BN
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :