BN menang tipis 2-1 di Pontian

PONTIAN - Parlimen Pontian menyaksikan kemenangan tipis 2-1 berpihak kepada BN bagi kerusi Parlimen Pontian dan Dun Benut namun tewas di Dun Pulai Sebatang.

Calon BN Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menang dengan memperoleh 21,132 undi, manakala calon PKR, Karmaine Sardini mendapat 20,299 undi, sekali gus menyaksikan majoriti tipis iaitu sebanyak 833 undi. Calon Pas Dr Baharom Mohamad hanya mendapat 4,295 undi.

Bagi kerusi Dun Benut pula, penyandangnya, Datuk Ir Hasni Mohammad menang selesa dengan memperoleh 9,480 undi berbanding calon PKR, Zulkifli Tasrib yang mendapat 5,003 dan calon Pas, Mohd Firdaus Jaafar mendapat 2,590 undi. Majoriti yang diperoleh sebanyak 4,447 undi.

Penyandang Dun Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong pula tewas kepada calon PKR, Taqiuddin Cheman dengan majoriti undi sebanyak 3,395 undi. Taqiuddin mendapat 14,507 undi berbanding Siew Kiong 11,112 undi dan calon Pas, Dr Baharom Mohamad sebanyak 2,975 undi.

Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pontian, Mohd Shukri Mohd Masbah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian kira- kira jam 1.50 pagi tadi.

Ahmad MaslanKarmaine SardiniDr Baharom MohamadPontian
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :