Ayah Wan dah mengundi

KUALA TERENGGANU - Calon BN bagi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail selesai membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Chendering, di sini, pada jam 9.20 pagi tadi.

Dia yang mesra dipanggil Ayah Wan, ditemani isteri, Toh Puan Anis Hamid tiba di pusat pengundian itu kira-kira jam 9 pagi dan mengundi di saluran satu.

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri itu turut meluangkan masa kira-kira setengah jam di sana bertemu dan beramah mesra dengan pengundi-pengundinya.

“Syukur kerana saya lihat proses pengundian berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang provokasi dan kekecohan. Pengundi juga saya lihat ramai yang keluar awal menjalankan tanggungjawab mereka.

“Ia satu perkara baik, menunjukkan kesedaran mengundi di kalangan rakyat yang semakin meningkat. Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang menyokong saya,” katanya.

Jelas beliau, dia akan turut melawat pusat-pusat pengundian di sekitar Kuala Terengganu bagi melihat proses pengundian di kawasan berkenaan dan menjangkakan akan dapat melawat separuh daripada 41 pusat pengundian di Parlimen Kuala Terengganu.

Sementara itu, calon Pas bagi Dun Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi turut meninjau proses pengundian di SMK Chendering.

Dia bersama isteri, Dr Farhaana Husainy Hasbullah tiba kira-kira jam 10 pagi, sebaik sahaja mengundi di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang.

Wan Nawawi Wan IsmailKuala Terengganu BN
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular