52 peratus rakyat NS sudah mengundi

SEREMBAN - Sehingga jam 12 tengah hari ini, sebanyak 52 peratus rakyat di Negeri Sembilan telah keluar mengundi melaksanakan tanggungjawab mereka di seluruh negeri.

Pada PRU14 ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sejumlah 607,793 pemilih berdaftar di Negeri Sembilan berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) Yang diWartakan sehingga 10 April 2018, berbanding 556,583 PRU13.

Sebanyak 313 pusat mengundi yang terdiri daripada dua kategori iaitu pusat mengundi biasa merangkumi premis seperti sekolah, balai raya dan sebagainya untuk pengundi awam.

Proses pengundian bermula jam 8 pagi itu akan berakhir jam 5 petang.

Negeri Sembilan