Ahmad Shabery 'gentleman'

KEMAMAN - Walaupun tiba awal di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik, namun calon BN Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersikap 'gentleman' dengan memberi laluan kepada pengundi lain terutama pengundi lebih berusia memintas gilirannya mengundi pagi tadi.

Ahmad Shabery yang bertanding di kerusi P040 Parlimen Kemaman bagi penggal keempat tiba di pusat pengundian itu pada jam 8.15 pagi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu tiba di sekolah berkenaan bersama isteri beliau, Datin Seri Sharifah Ismail yang turut mengundi di pusat mengundi tersebut.

Beratur di belakang Ahmad Shabery adalah calon BN Dun Kemasik, Ir Rosli Othman yang tiba lebih awal iaitu pada jam 7.45 pagi dan mereka mengundi di saluran dua.

Ahmad Shabery dan Ir Rosli selesai membuang undi kira-kira jam 9.45 pagi.

Ahmad Shabery CheekKemaman
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :