Ahmad Bashah selesai undi

ALOR SETAR - Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri, Datin Seri Hizam Awang Ahmad serta empat anak hadir di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman sekitar 8.15 pagi tadi.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah selesai mengundi dalam tempoh 15 minit.

Sejurus menunaikan tanggungjawab, Ahmad Bashah yang juga calon Dun Suka Menanti mengambil peluang beramah mesra dengan pengundi yang tiba sejak 7 pagi tadi.

Pada PRU14, Ahmad Bashah berdepan pertandingan tiga penjuru bagi mempertahankan kerusi disandangnya yang sebelum ini dikenali sebagai Dun Bakar Bata.

Dua pencabar beliau adalah Ir Zamri Yusuf (PKR) dan Mohd Sabri Omar (Pas).

Ahmad Bashah Md HanipahKedah