Hamzah buang undi di SK Sungai Bayor

SELAMA - Calon BN Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin selesai membuang undi jam 8.40 pagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bayor bersama calon BN Dun Selama, Datuk Faizul Arby Mohd Shohor.

Hamzah yang tiba di pusat mengundi kira-kira jam 8.15 pagi turut sama menyertai orang ramai berbaris di saluran undi.

Hamzah juga sempat meluangkan masa bertemu dengan orang ramai termasuk petugas di pusat pengundian berkenaan.

Hamzah ZainudinLarut
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :