Ismail Sabri buang undi jam 8.45 pagi

BERA - Calon BN Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai membuang undi di saluran 2, PDM SMK Bandar Kerayong, Bera, Pahang bersama isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin jam 8.45 pagi tadi.

Turut kelihatan anak dan menantu beliau.

Mereka ialah Gadaffi Ismail Sabri, Nashriq Ismail Sabri dan Nina Sabrina Ismail Sabri serta dua menantu beliau, Datuk Jovian Mandagie dan Shella Faeiz.

Mereka sempat meluangkan masa beramah mesra dengan pengundi yang datang menunaikan tanggungjawab itu. 

 

Ismail Sabri YaakobBera