Syed Saddiq hadir mengundi

JOHOR BAHRU - Calon PKR Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sutera di sini hari ini.

Penerima Dana Sinar Anak Muda Dalam Politik itu hadir sekitar jam 8.05 pagi bersama ayahya, Syed Abd Rahman Syed Abdullah, 62, dan kakaknya, Sharifah Amani Syed Abd Rahman, 33.

Kehadiran beliau menerima sambutan mesra daripada pengundi-pengundi lain di pusat mengundi tersebut.

Syed Saddiq berkesempatan meluangkan masa beramah mesra dan berswafoto bersama mereka yang berada di SK Taman Sutera.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular