'Mereka Buat Mesyuarat Tanpa Kebenaran'

JERANTUT - PKR Jerantut menafikan persetujuan dari cabang, ranting, sayap wanita dan AMK untuk melantik bekas calon Bebas, Koh Boon Heng  atau lebih dikenali sebagai Cikgu Koh sebagai calon mewakili parti itu pada PRU14.

Setiausaha PKR Cabang Jerantut, Abd Aziz Awang Kechik berkata, kenyataan Ketua Wanita PKR, Ketua AMK dan Naib Ketua Cabang itu tidak benar.

Menurutnya, mesyuarat yang dijalankan mereka juga tidak mendapat kelulusan dari pihak PKR Cabang yang diketuai Mohamad Razali Ithnin.

“Sebelum ini mereka ada buat mesyuarat tanpa kebenaran dari pihak cabang justeru ia bukanlah mesyuarat cabang,” katanya pada sidang media di Pejabat AMK Pahang, di sini, semalam yang turut dihadiri wakil sayap wanita, AMK, ketua ranting, ahli dan jentera PKR Cabang Jerantut.

Bagi Setiausaha AMK Jerantut, Zuhri Jusoh pula berkata, pihak AMK sendiri tidak melakukan sebarang mesyuarat bagi membincangkan hal itu.

“Kami di AMK tak pernah dipanggil untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkara itu,”  katanya.

Penyelaras PKR Dun Damak, Wong Chun Yuan yang juga merupakan calon yang diperkatakan pula berkata, Cikgu Koh bukanlah salah seorang ahli PKR dan didapati tidak pernah mengisi borang pencalonan.

Jerantut Pahang
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular