”Kalau sayang Tun M, undilah Pas”

LANGKAWI – Pengundi Langkawi diingatkan, sekiranya mereka sayangkan Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaiknya memangkah Pas pada 9 Mei ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemberian kemenangan kepada Pas di kerusi Parlimen dan Dun, pulau bebas cukai itu sebagai jalan terbaik supaya bekas perdana menteri itu berehat daripada arena politik.

“Jadi Insya-ALLAH pilihan raya ini kita undi ada tiga simbol saja, yang pertama simbol bulan, yang kedua simbol dacing yang ketiga simbol mata lebam, jadi pilihlah mana-mana simbol-simbol ini.

“Cumanya saya harap orang Langkawi ni kalau  sayang pada Tun (Mahathir), kasihan padanya, jangan undi beliau, biar Tun berehat,” katanya ketika majlis minum petang bersama rakyat di Markas Pas Temonyong, petang tadi.

Bahkan Abdul Hadi  menyeru kepada bekas penyokong Umno yang berusia jika benar-benar menyayangi Tun Dr Mahathir agar memberi undi kepada Pas untuk menggantikan Umno-BN.

“Kalau orang Umno yang tua-tua tu sayang pada Tun jangan undi  beliau, beri undi kepada Pas biar Pas ganti Umno,” sarannya lagi.

Sementara itu, calon Parlimen Pas Marang itu berkata, kehadirannya ke Langkawi hari ini bukan bertujuan melawan Tun Mahathir yang telah berkunjung ke Terengganu semalam.

“Saya mari ni (Langkawi) bukan lawan Tun.  Saya berterima kasih, kerana malam tadi Tun ceramah di Terengganu.

“Jadi saya mari bukan nak buat kunjungan balas lawatan dia. Saya mari ni sebab kita rancang daripada awal,” jelas Abdul Hadi lagi.

Abdul Hadi AwangPAS LANGKAWI
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular