Bekas ratu cantik jadi calon Warisan

KUALA LUMPUR - Calon kerusi Dun Kiulu, Jo-Anna Sue Henley Rampas yang bertanding dalam PRU14 telah mencuri tumpuan masyarakat berikutan rupa parasnya yang menawan.

Berdarah Pan Asian, ramai yang tidak percaya bahawa wanita ini berasal dari Kiulu, sebuah pekan kecil yang terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu, Sabah.

Jo-Anna berdarah kacukan di mana ibunya berketurunan Kadazan dan bapanya pula berketurunan British.

Penglibatan beliau dalam bidang politik bermula apabila Parti Warisan Sabah mencari ikon belia untuk mewakili Gen Y dan Gen Z di Sabah.

Tahukah anda kenapa anak kelahiran Sabah ini digelar sebagai ‘beauty with brain’?

Berikut adalah lima fakta yang anda perlu tahu mengenai Jo-Anna Sue:

1. Jo-Anna merupakan seorang graduan ijazah Sarjana dalam bidang undang-undang. Beliau memperoleh Master of Laws in International Law and Corporate Social Responsibility dari University of West England.

Semasa di London, Jo-Anna dikatakan bekerja dengan sebuah syarikat pengiklanan yang menguruskan Samsung’s Milk Music untuk Malaysia dan Indonesia.

Beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dua tahun lalu.

2. Ikon Belia Parti Warisan Sabah itu aktif dalam bidang seni dan hiburan sebelum terlibat dalam politik.

Beliau merupakan seorang penyanyi dan pernah menyertai pertandingan Bintang RTM 2009, sekaligus merangkul tempat kedua.

3. Jo-Anna juga merupakan bekas Ratu Cantik Unduk Ngadau pada tahun 2007.

Unduk Ngadau merupakan pertandingan ratu cantik berprestij di Sabah.

4. Keluarganya turut mempunyai latar belakang politik. Ibunya, Sullah Rampas adalah calon Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) pada tahun 1994 dan bapa saudaranya pula adalah seorang Adun dari tahun 1999 hingga 2013.

5. Bukan itu sahaja, Jo-Anna juga merupakan seorang jurulatih kecergasaan bertauliah.

Beliau mengambil keputusan untuk memulakan kehidupan yang sihat apabila doktor mengesahkan tahap kolestrol badan agak tinggi untuk umurnya. - Astro Awani

Jo-Anna Sue Henley RampasParti Warisan Sabah
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :