Pertandingan sepupu sepapat di Besut

KAMPUNG RAJA - PRU14 di Parlimen Besut kali ini menyaksikan beberapa calon bertanding mempunyai hubungan persaudaraan.

Calon kerusi Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh akan ditentang oleh dua sepupunya, Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh dari PKR.

Wan Nazari dari parti Bersatu mengambil keputusan mencabar Idris yang merupakan penyandang Ahli Parlimen Besut.

Idris berkata, keadaan ini menunjukkan proses demokrasi yang sihat diamalkan di negara apabila sesiapa boleh bertanding.

Menurutnya, beliau mengalu-alukan penyertaan mereka untuk bertanding kerana ia menunjukkan semangat untuk menyumbang kepada masyarakat.

“Tidak kira siapa calon walaupun duapupu saya ,tetapi kami mewakili parti masing-masing dan rakyat bijak menilai calon terbaik untuk mereka,” katanya.

Sementara itu Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dari BN yang bertanding di Dun Kuala Besut pula ditentang oleh sepupunya sendiri Dr Che Ku Hashim Che Ku Mat dari PKR (Bersatu)

Kedua-dua berlatarbelakang kelulusan profesional apabila Tengku Zaihan bekas jurutera dan Che Ku Hashim doktor perubatan yang mengusaha sebuah klinik swasta di Pasir Putih, Kelantan.

Tengku Zaihan yang telah sepenggal menjadi Adun Kuala Besut akan berdepan dengan sepupu sebelah bapanya.

Kedua-dua mereka menyatakan hubungan persaudaraan antara mereka tidak terjejas atau terputus walaupun bertanding antara satu sama lain.

“Ini sudah adat pertandingan, lawan tetap lawan tetapi antara kami tidak putus ibarat air dicincang tidak akan putus,” katanya.

Dua lagi bersaudara yang mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu Datuk Prof Dr Kamaruzaman Wan Su calon PKR Dun Jertih dengan Tengku Roslan Tengku Othman calon PKR Dun Kota Putera.

Kedua-dua mereka dari Kampung Alor Lintang di sini  mempunyai hubungan dua sepupu namun mewakili parti sama dan bertanding di Dun berlainan.

Idris JusohWan Nazari Wan Jusohengku Zaihan Che Ku Abd RahmanChe Ku Hashim Che Ku MatBesut Kuala Besut
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :