Pertembungan empat penjuru di Parlimen Rasah

RASAH - Pertembungan empat penjuru akan berlaku di Parlimen Rasah pada PRU14 ini.

Mereka terdiri daripada Cha Kee Chin calon DAP yang mewakili Pakatan Harapan (Harapan),  Ng Kian Nam (BN), Khairil Anuar Wafa ( Pas) dan calon Parti Alternatif Rakyat (PAP), David Dass.

Manakala bagi kerusi Dun pula, pertembungan empat penjuru akan berlaku di N20 Labu, selebihnya ( N22 Rahang, N23 Mambau, N23 Seremban Jaya) adalah pertandingan tiga penjuru, manakala N21 Bukit Kepayang pertandingan dua penjuru.

Pada kali ini, Pas hanya menghantar seorang calon  bertanding di kerusi Labu dan Parlimen Rasah, yang akan diwakili oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Khairil Anuar Wafa.

Majlis penamaan calon yang diketuai oleh Pegawai Pengurus, Parlimen Rasah, Wan Mud Shardihan B W.Dahalan berjalan lancar sepanjang proses penamaan calon sehingga jam 12.30 tengahari.

Ng Kian NamKhairil Anuar WafaDavid DassCha Kee ChinRasah
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :