Fasiah sedia pertahan kerusi Sabak Bernam

SABAK BERNAM - Penyandang kerusi Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh diberi kepercayaan mewakili BN sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada PRU14.

Mohd Fasiah, 62, ditentang bekas Adun Sabak yang kini menyertai Bersatu, Datuk Warno Dogol, 58, dan calon paling muda Pas  Selangor, Muhammad Labib Abdul Jalil, 31.

Mohd Fasiah tiba kira-kira jam 8.28 pagi ,dengan diiringi pencadang, Kee Ah Kau dan penyokong, M Raman manakala Warno pula tiba pada jam 8.45 pagi sambil diiringi pencadang Mah Eng Kian dan penyokong, Abdul Kadir Abdul Rashid.

Sementara, Muhammad Labib yang diiringi pencadang Wahid Rais dan  penyokong Muhammad Hanafi Yusof tiba pada jam 8.45 pagi .

Pada PRU13 lalu, Mohd Fasiah menang dengan majoriti 1, 644 undi menewasan calon PKR, Dr Abdul Aziz Bari.

Sementara itu, BN menampilkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sabak Bernam, Rizam Ismail, 37, sebagai calon muka baharu bagi kerusi Dun Sungai Air Tawar.

Rizam bakal dicabar calon Bersatu mewakili Pakatan Harapan (Harapan), Mohd Hamizar Sulaiman,  dan calon Pas, Zamri Yahya, 51.

Pada PRU13 lalu, kerusi Dun Sungai Air Tawar dimenangi calon BN, Allahyarham Kamarol Zaki Abdul Malik selepas menewaskan calon Pas, Wahid Rais dengan majoriti 1,416 undi.

Kamarol Zaki, meninggal dunia di kediamannya, di Kampung Sungai Air Tawar, pada 17 Januari tahun lalu.

Dun Sabak pula menyaksikan, Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi, 51, mempertahankan kerusi itu sambil dicabar BN, Sallehuddin Mohd Iskan, 50 dan Amanah mewakili Harapan ditandingi Ahmad Mustain Othman.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sabak Bernam,  Mohd Faizul Fitri Muslil, mengendalikan proses penamaan calon yang dibuka mulai jam 9 pagi hingga 10 pagi di Dewan Tun Razak, Pekan Sabak, di sini.

Mohd Fasiah Mohd FakehSabak Bernam
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular