umno kelantan semakin mantap

MACHANG - Kedudukan Umno Kelantan semakin mantap dan telah siap siaga untuk menghadapi PRU14, demikian menurut timbalan pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Beliau berkata perpaduan dalam kalangan pemimpin parti di peringkat negeri bertambah mantap terutama selepas mendapat amanat daripada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno 2017 yang berakhir, semalam.

“Hakikatnya Umno Kelantan yang terdiri daripada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri telah siap siaga untuk menghadapi PRU14,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi 2017 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Machang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan, yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata Umno Kelantan akan mengadakan ceramah besar-besaran di Lembah Klang untuk memberi penerangan kepada pengundi luar bagi menjawab pelbagai tuduhan yang dilontarkan pembangkang serta kebaikan Bajet 2018 kepada rakyat.

Beliau berkata, Ketua Umno Bahagian Gua, Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga sanggup turun padang dalam usaha memberi penerangan di peringkat akar umbi.

Tengku Razaleigh, yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan itu, akan berganding dengan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa dalam misi itu, katanya. –Bernama

UMNO Machang Kelantan
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular