Penyokong berarak hampir 2km

TANAH MERAH - Lebih 5,000 penyokong BN, Pas dan Pakatan Harapan hadir memberi sokongan kepada calon Parlimen dan Dun sambil berarak dengan sepanduk serta bendera sejauh dua kilometer ke Pusat Penamaan Calon di Wisma Majlis Daerah Tanah Merah.

Seawal jam 7 pagi, penyokong BN dilihat berkumpul di hadapan pejabat bangunan Umno Tanah Merah.

Laungan selawat dan sokongan diberikan kepada calon yang turut sama berarak segak berpakaian baju Melayu biru dan wanita berpakaian baju kurung biru.

Seawal jam 8.50, calon BN Parlimen Datuk Seri Ikmal Hisham, calon Dun Bukit Panau, Dayang Saniah Awang Hamid, calon Kemahang, Wan Rakemi Wan Zahari dan calon Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapha hadir bersama penyokong ke pusat penamaan calon.

Calon Pas Tanah Merah turut berarak bersama penyokong ke Pusat Penamaan Calon di wisma Majlis Daerah Tanah Merah.

Manakala calon Parlimen Pas, Datuk Johari Mat segak berbaju Melayu hijau bersama rombongan calon Dun Bukit Panau,Datuk Abdul Fattah Mahmood, Dun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustapha tiba di pusat pencalonan pada jam 8.45 dengan laungan takbir dan solat hajat.

Sementara itu, penyokong Pakatan Harapan tiba di perkarangan pusat penamaan calon pada jam 8.30 pagi dan turut bersama calon Parlimen, Dr Fauzi Zakaria dan tiga calon Dun termasuk Bahari Md Noor, calon Kemahang, Hisham Fauzi, calon Bukit Panau dan calon Gual Ipoh, Mohd Soba Hussin hadir dengan sepanduk dan laungan semangat tanda sokongan.

Ikmal HishamDayang Saniah Awang HamidWan Rakemi Wan ZahariMohd Bakri MustaphaBN Pas Pakatan Harapan Tanah Merah Bukit Panau
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :