Mas Ermeiyati Samsudin

YB Datuk Wira Hjh Mas Ermieyati binti Haji Samsudin (lahir 13 November 1976) merupakan ahli politik wanita Malaysia dan Ahli Parlimen P134 Masjid Tanah sejak Mei 2013 setelah memenanginya pada Pilihanraya Umum Ke-13 dengan majoriti 16,200 menewaskan calon PAS iaitu Mohd Nasaie Bin Ismail. Beliau juga merupakan Ketua Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia setelah memenanginya pada Pemilihan UMNO 2013. Beliau juga merupakan Wanita pertama dari negeri Melaka yang terpilih sebagai Ahli Parlimen dari kalangan wanita.

Dibesarkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Methodist Girls School (2) Tengkera, Melaka dan Sekolah Kebangsaan Ramuan Cina Besar, Masjid Tanah Melaka. Beliau kemudiannya mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (1989-1993 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang dan Ijazah Undang-Undang di UKM, Bangi, Selangor.

Mempunyai Firma Guaman Tetuan Ermiey Nizam & Ho serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi GB4B Malaysia.

Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P134 Masjid Tanah

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Ijazah Undang-Undang di UKM