Mahathir Mohamad

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (dilahirkan pada 10 Julai 1925) ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia dan merupakan Perdana Menteri Malaysia keempat yang mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikannya Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat.

Cukup dikenali dengan Tun M, menggunakan nama timangannya sendiri, Che Det sebagai nama pena dalam penulisannya.

Jawatan pernah disandang:

  • Perdana Menteri ke-4 (1981-2003)

Jawatan terkini:

  • Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan daripada kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'.

Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P4 Langkawi

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Pendidikan tertinggi:

Menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada 1953.

Video Berkaitan Mahathir Mohamad