Wan Nawawi Wan Ismail

Dato’ Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail, merupakan mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Beliau menawarkan diri untuk bertanding kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada usia 61 tahun adalah untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat. 

Beliau yang mesra dengan panggilan Ayoh Wan, amat mencintai bidang sukan. Beliau merupakan presiden kepada Persatuan Lawn Bowls Terengganu dan Malaysia yang telah memajukan sukan ini sehingga menghasilkan pingat emas di Sukan Commonwealth di Gold Coast baru-baru ini. Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Naib Yang Dipertua Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK). Kerana kehebatan beliau dalam menerajui kecemerlangan sukan maka beliau dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Sukan (Negeri /Kebangsaan) 2017.

Beliau merupakan penasihat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Beliau juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia Negeri Terengganu.

Akan dikemaskini
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P36 Kuala Terengganu

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Pendidikan:

Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Oklahoma City Universiti, USA