Mustafar Ab Kadir

Haji Ir Mustafar Ab. Kadir dilahirkan pada 20 Januari 1953. Berusia 65 tahun, dan merupakan bekas naib ketua Pemuda Pas Pusat,  menjadi calon AMANAH di parlimen Jelebu. Bekas pensyarah kejuruteraan di Manipal International Universiti ini yang menjadi naib ketua pemuda Pas pada tahun 1980an, diumumkan sebagai calon AMANAH Negeri Sembilan. Beliau juga merupakan ahli kepada organisasi profesional iaitu Jurutera Profesional (BEM) dan Fellow of The Institution of Engineer, Malaysia (FIEM,8622).

Profesyen

*Pernah menjadi pensyarah di beberapa buah universiti:

-Universiti Malaya (1980-1983)

- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1988-1991)

- Akademi Tentera Malaysia (2002-2004)

- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (2006-2010)

- Manipal International University (2015-2018).

 

Pekerjaan

CEO di syarikat Pendidikan Hira Sdn Bhd dan dalam bidang profesional.

Pengarah Urusan Gopeng Sdn Bhd (1991-1994)

Pengarah Urusan Gulf Industries Sdn Bhd (1994-1996)

Pengarah Urusan Leader Mutiara Sdn Bhd (1996-1999).

Perunding bagi Kurnia Setia Developement (1999-2000), RN Konsult Sdn Bhd (2000-2005) dan BI Consultant Sdn Bhd (2006-2013).

 

Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P126 Jelebu

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Sarjana Rekabentuk Mekanikal dari University oF Aston, UK, Sarjana Muda Mekanikal & Kejuruteraan Pemprosesan dari Brighton Metropolitan University dan Sarjana Pengajian Islam (Syariah) dari Open Univerity Malaysia.