Shahanim Mohd Yusof

Senator Datuk Shahanim merupakan ahli Umno/Naib Ketua Puteri Umno Malaysia. Pernah bertugas sebagai pegawai Maybank selama 14 tahun dan menerima anugerah Best Financial Executive for Maybank Finance in Malaysia pada 2001. Beliau kemudian dihantar ke Barcelona, Sepanyol serta Itali dan dinaikkan pangkat kepada Eksekutif Pembangunan Perniagaan.

Pada 2004, beliau meletakkan jawatan dan menjadi usahawan stesen minyak Petronas. Pada tahun sama, beliau dilantik sebagai Puteri Umno Kedah.

Karier politik:

- Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia (Mac 2009-sekarang)

- Ketua Pergerakan Puteri Umno Negeri Kedah (Oktober 2004-Mac 2009)

- Ahli Jawatankuasa (Exco) Pergerakan Puteri Umno Malaysia (Sept 2004-Mac 2008)

- Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah (mewakili Puteri Umno) (Sept 2004-Mac 2008)

Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P15 Sungai Petani

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Pendidikan:

- Universiti Utara Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (BBA-Hons)

- Universiti Teknologi Mara Arau, Perlis (Diploma Pengurusan Perniagaan)